Owner Post Them Follow Dash



Gadispink
Gdspnk

Hello!


I pour my heart and thoughts here


Shoutbox

⊰Comment here!⊱
Please put your blog link so I can visit you back.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Owner : Pina
Best viewed in Google Chrome
Mental Break Down

Assalamualaikum,
Harini actually aku taktahu nak share apa. tapi aku ada satu story yang mungkin ada setengah daripada korang akan meluat haha takpela here's the deal, siapa yang nak baca sila teruskan siapa yang taknak boleh tekan button exit page ye. pernah korang berada dalam keadaan aku? a mental break down. sampai satu tahap korang sangat sangat sangat dan teramat sangat sedih sampai aku ni pun taktahu nak kata apa dah sedih tahap gunung everest macam mak hilang anak and even worst than that. korang murung sampai rasa tak lalu nak makan, mandi pun malas, apa yang korang buat hanya terkurung dalam bilik dan termenung dan kumpul air mata sebaldi mungkin berpuluh baldi. 

Guess what, i've been in that situation before. sampai sekarang actually. menyesal tak sudah bila buat silap yang mungkin aku takkan lupa sampai tua kerepot nanti pun, In Shaa Allah kalau aku tak nyanyok lagi masatu ataupun umur aku tak sampai sempat muka ni nak kerepot. aku hilang orang yang aku sayang. aku cuba bertahan dengan dia sampai sekarang. until the day he said he loves someone else masatu hati aku rasa macam nak explode pun ada. aku nak taip untuk reply whatsapp dia pun sampai menggigil tangan and aku asyik "typing......" pastu aku delete balik pastu aku "typing......" balik pastu aku delete balik pastu aku type balik, aku sampai speechless. tak sangka over two years nak dekat three gitu, orang yang aku cuba pertahankan orang yang banyak berjanji dengan aku akan cakap macam tu dengan aku. segala harapan aku yang macam ala ala build a family gitu dengan dia musnah, hancur, lebuq, barai semua lah. aku taktahu nak buat apa. tapi aku faham, aku tak salahkan dia. mungkin punca dia pergi sebab perangai aku sendiri. aku tak pernah hargai dia walau sedikit pun. ego aku dah memakan diri aku sendiri. so girls please don't let your ego over control you, pandai-pandai bajet la ego tu uolss tau jangan asyik duk sibuk bajet cun je ops.

Jangan lepas dah jadi baru nak menyesal. nanti tak pasal-pasal end up jadi macam aku ni, gigit jari je ha sekarang ni. before this aku asyik ungkit salah dia aku tak pernah nampak yang salah aku lebih banyak berbanding dia sedangkan dia asyik lupakan salah aku maafkan aku, sebabkan ego aku jadi buta. aku tak nampak kebaikan dia. aku asyik tunding jari atas kesalahan dia sedangkan that finger should be pointing towards me. aku mengaku aku sepatutnya terima keputusan dia. aku tak boleh buat apa-apa lagi dah. aku hanya boleh doakan orang yang aku sayang tu bahagia dan tengok dia berlalu pergi. berapa banyak kali dah dia asyik cuba bertahan dengan kerenah aku. bayangkan dua tahun hadap ego seorang perempuan macam aku. siapa je yang tak meluat kan? memang takkan ada siapa dapat tahan. nampaknya aku dah boleh join kelab andartu lah another ten to twenty years from now.

Two years is not such just a number it means everything to me. banyak kenangan kitaorang dah cipta. it was like all around me. tempat-tempat dimana kitaorang selalu pergi contoh taman bukit and etc setiap kali aku lalu aku hanya mampu pandang sayu dan muncul bayangan yang tak septutnya muncul dekat situ. aku mengaku dia yang paling lama kekal dengan aku. sebabtu aku sayang sangat nak lepaskan dia, tapi apakan daya. semuanya dah terlambat untuk aku ubah perangai tunjuk yang aku dah berubah.

Buat masa sekarang ni aku tak okay lagi masih down masih perlu kuatkan diri masih perlu member-member untuk chill kan aku. thanks to zafira sebab dengar bebelan aku luahan hati aku raungan aku. beb if you really read my post, i would like to thank you so much for giving such a good vibes yang kau curi a.k.a. ciplak dari #nakbebel punya instagram, even kau hanya screenshot and send dekat aku but still i appreciate that, thanks beb. actually i found this good vibes somewhere, it writtens there:

"Percaya je, Allah genggam semua doa kita. Lalu dilepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat. Sangka baik pada Allah. Dia dah susun cantik-cantik jalan cerita kita."

This good vibes buat aku tersentak seketika sentap dalam aku makan dalam wo. bila aku fikirkan balik it's true kalau aku teruskan menangis aku takkan dapat hati dia balik aku takkan dapat untuk memenangi hati dia balik. kalau aku betul sayang dia aku kena letgo dan doakan dia daripada jauh. "Have faith" yes, that's the word. HAVE FAITH. Allah lebih tahu apa yang paling terbaik untuk kita. kalau kita terus nangis dan tak rela dengan apa yang dah pun terjadi sama seperti kita menidakkan apa yang Allah dah tentukan untuk kita. aku tengah cuba perbaiki diri sendiri untuk jadi lebih baik. aku akan cuba lupakan semuanya. kejar cita-cita kau fina. kau dah kata nak bawa mak naik bmw milik kau sendiri so tunaikan impian mak kau tu fina. ingat tu. kalau kau boleh dapat 7A dalam PSRA kau and semua A yang sebelumnya (before masuk sekolah menengah hehehe) why not kau tunjuk sikit  apa yang ada dalam kepala otak kau sekarang. buktikan yang kau kuat dan kau boleh hadap semuanya dengan tenang. In Shaa Allah, amin......